Wednesday, April 15, 2015

Pakej jalur lebar serendah RM25


Putrajaya: Pengguna akan menikmati pakej asas data jalur lebar serendah RM25 sebulan bagi 1GB yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi utama di negara ini dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pengurangan pakej asas itu membabitkan purata penurunan sekitar 14 peratus.

Beliau berkata, sebagai contoh, Maxis mengurangkan caj pakej asas sebanyak RM5 kepada RM25 berbanding RM30 sebelum ini malah, penurunan hampir sama turut berlaku bagi Celcom; Digi dan Umobile.

"Sementara itu, bagi perkhidmatan tetap jalur lebar seperti, Telekom Malaysia (TM), harga asas pakej jalur lebar ditawarkan pada harga serendah RM38 sebulan berbanding RM88 sebelum ini," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Katanya, malah, Time dotCom turun menurunkan harga pakej asas jalur lebar tetap kepada RM38.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 6:17 PM
« »

AHMAD Shabery Cheek bersama pengurusan tertinggi syarikat komunikasi ketika sidang media. FOTO Mohd Fadli Hamzah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...