Tuesday, April 28, 2015

Sistem rangkaian di rumah menggunakan punca elektrik "HomePlug"


Keperluan untuk internet di mana-mana di rumah itu telah berkembang pesat. Sebagai pengguna, anda perlu menyambungan lebih peranti di lebih banyak tempat, keperluan untuk sambungan  yang berkelajuan tinggi telah meningkat. Rangkaian rumah kini perlu memenuhi keperluan suara, video dan data servis, serta permintaan tinggi seperti video streaming HD (contohnya OTT, IPTV, Ultra HD 4k dan banyak lagi). 




Rangkaian talian elektrik muncul sebagai tulang belakang bagi rangkaian rumah, dengan membolehkan mana-mana peranti untuk disambungkan di mana sahaja terdapat salur keluar kuasa (3pin Plug Socket) di rumah.

Bayangkan rumah anda 2 atau 3 tingkat, anda hendak melayari internet di tingkat atas. Sumber internet (router) anda di tingkat bawah, Signal Wifi tidak cukup kuat untuk sampai tingkat atas. adakah anda perlu mencari kontraktor network untuk menarik kabel network ke tingkat atas? Dengan adanya HomePlug Ia amat mudah dipasang, tidak perlu menarik kabel network yang baru, hanya beli dan pasang.


Bagaimana ia berfungsi

  1. Untuk penyambungan asas, HomePlug dijual secara berpasangan "penyambungan Hujung ke Hujung". Walaubagaimanpun untuk meluaskan rangkaian rumah anda boleh memasang beberapa banyak HomePlug di rumah anda untuk menyambung peralatan yang menggunakan rangkaian.
  2. Satu unit HomePlug di pasangkan ke Plug yang berhampiran punca internet atau router anda. Sambung port network pada HomePlug ke router internet anda. Ia berfungsi sebagai unit utama.
  3. Satu lagi unit HomePlug yang kedua, pasangkan ke plug yang berhampiran komputer atau perlatan lain yang memerlukan rangkaian/internet. sambungkan port network pada HomePlug tersebut ke komputer atau peralatan lain.
  4. Hidupkan komputer anda... cuba buka pelayar internet anda (internet explorer, chrome, firefox).. skarang komputer tersebut sudah ada capaian internet... amat mudah.



Selamat mencuba......................................

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...